TERMS

Terma & Syarat Sebagai Pengedar

1. PENGEDAR tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan yang menganjurkan SKIM pelaburan emas yang menyalahi Akta Syarikat, Akta BAFIA,AMLA,Akta Suruhanjaya sekuriti serta Undang-undang Malaysia.  

2. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk menjual selain daripada produk yang dikeluarkan oleh GCP.

3. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk membeli emas curi/disyaki diperolehi secara haram. 

4. PENGEDAR tidak dibenarkan mengambil bayaran pendaftaran/deposit tempahan/wang pendahuluan tempahan/bayaran penuh tempahan daripada pelanggan. Bayaran tersebut hendaklah terus dimasukkan ke akaun GCP. 

5. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP/resit GCP/Logo GCP untuk tujuan promosi tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengurusan GCP. 

6. PENGEDAR hendaklah menjaga nama baik GCP pada setiap masa. 

7. Sekiranya didapati PENGEDAR melanggar salah satu syarat di atas, Pihak GCP berhak menarik balik pelantikan PENGEDAR tersebut tanpa sebarang notis.

8. Pihak GCP TIDAK akan bertanggungjawab di atas salahlaku PENGEDAR yang melanggar undang-undang Malaysia.Sebarang tindakan undang-undang adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.

9. Penarikan diri sebagai PENGEDAR: Pihak GCP berhak untuk tidak akan memulangkan semula bayaran perkhidmatan,dan kos penghantaran jika PENGEDAR ingin menarik diri sebagai PENGEDAR sah GCP tanpa alasan yang munasabah.

10. Pihak GCP tidak akan bertanggungjawab di atas segala tuntutan daripada pihak ketiga/pelanggan dan pihak GCP hanya berurusan dgn PENGEDAR sah sahaja. Semua tuntutan adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.

11. Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 


KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.


Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang.

Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.

Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:


Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari


Terima kasih.
Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my 


Penafian

Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (selepas ini disebut GCP) hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar GCP (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama GCP untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.